Join whatsapp group.

https://chat.whatsapp.com/JPdNIGCIVi1DtSme9O0ziX

Advertisement

Pesta bon odori.

KENYATAAN MEDIA

FESTIVAL BON ODORI HARAM DIHADIRI, UMAT ISLAM WAJIB TOLAK

Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) menentang sekeras kerasnya penganjuran festival bon odori yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Festival yang dibuat sempena kepercayaan agama sangat bertentangan dengan prinsip aqidah dan kepercayaan orang Islam.

Apabila ia melibatkan isu aqidah, maka sempadan dan batasnya perlu sangat sangat diambil berat oleh setiap umat islam supaya mereka tidak terjerumus dalam perkara yang boleh membatalkan aqidah dengan mengiktiraf kepercayaan dan perayaan agama lain.

Geng Ustaz menyeru seluruh umat Islam dalam untuk menentang dan mengutuk sekeras kerasnya penganjuran pesta sebegini di negara ini.

Tidak ada relavannya pesta dari budaya yang tidak ada kena mengena langsung dengan rakyat dan bangsa Malaysia apatah lagi ia melibatkan kepercayaan dan aqidah umat Islam di Malaysia.

Geng Ustaz juga menuntut setiap pihak berwajib dari kerajaan ataupun NGO dan ketua masyarakat bersama sama menolak, memberi kesedaran dan mengambil tindakan sewajarnya.